nuffies

Wednesday, December 21, 2011

Nuha dah besar

Last kali pergi pantai dengan Nuha, Nuha still duduk dalam baby chair lagi. Still main air liur sendiri lagi.


Tapi tengok la dia sekarang. Dah besar dah. Dah boleh main pasir dah. Dah boleh jalan dah. Dah boleh pakai swimming suit dah. 


So cute!!

p/s: Ke Mak Su dia yang dah lama tak jalan-jalan tepi pantai dengan Nuha. Sebab tu tak perasan? *hint-hint* ;)

Sunday, December 18, 2011

Suara aku macam budak-budak ke?

Receive a call from my house phone earlier. Yes, I do have a house phone and it doesn't have caller ID. Anyway, when I pick up the phone, the women on the other line wish to speak to my mom. Sentence used was "Adik, boleh cakap dengan mak tak?" LOL.

"Mak saya ada kat rumah dia. Cik carik siapa?" 

Memang tahu dah wrong number coz the only person who would call my house phone is my mom.

Hai Telekom, kamu telah bagi saya nombor recycle ke?

Wednesday, December 14, 2011

Double Zinger Burger free habis??

Haih.. semalam tengahari baru baca kat blog freebies cakap KFC keluarkan kupon double zinger burger free with any purchase of set meal. Petang tengok kat FB cakap burger free dah habis. Ingatkan satu store je. Rupanya memang dah kena cancel terus kupon tu. Haih. Makan XXL Chicken la macam ni.  Ape-apepun sila layan video lawak di bawah ni ye.


video ehsan dari fakerama

Berjalan dalam hujan tanpa payung

Pernah dengar lagu memori daun pisang? Lagu dangdut zaman dulu-dulu. Lagu ni  mengisahkan sepasang kekasih yang berteduh dalam hujan di bawah daaun pisang. Bila di fikir-fikir balik, korang pun mesti selalu jugak buat make-shift payung kan? Tak kira la pakai surat khabar ke, pakai fail ke, pakai kertas ke.

Tak lupa jugak yang buat macam ni?

Pakai beg plastik atas kepala. haha. Aku kadang-kadang selalu jugak lari tergedik-gedik dalam hujan pakai fail plastik. Tergedik-gedik sebab badan besar gabak, fail muat cover kepala je. haha.

Tapi sekarang dah zaman moden. Tadi masa aku berjalan dalam hujan, ternampak seorang perempuan cover kepala dalam hujan. Aku terkesima dan terus mengambil gambar.

Tak reti nak jage Ipad tu, bagi aku je la woi!

Itu sahaja luahan perasaan hari ini. Terima Kasih.

Monday, December 12, 2011

Annoying much?

Dalam kelas aku ada seorang anak dara yang sangat annoying. Kononnya teacher's pet.
Kalau buat coding dengan dia, semua error dihebahkan kepada orang sekeliling.
Kononnya code yang diberikan lecturer salah. Bila orang cuba membantu, suka tunjuk bagus.
Cakap dia betul-betul ikut coding yang diberikan.
Bila di check semula, memang diri sendiri yang salah taip.
Tapi masih nak tunjuk bagus.
Tak nak menerima kesalahan sendiri.
Bila lecturer sampai, mengadu kepada lecturer bahawa orang yang cuba membantu tadi telah membuat error pada programnya.
Cakap dengan kuat nak bagi semua orang dengar.
Suka menarik perhatian orang.

Boleh sakit jiwa layan orang macam ini.

Muat

Bila jeans yang dahulunya ketat sudah longgar bila dipakai

"Aku yang dah kurus ke, jeans ni yang dah kembang"

Saturday, December 10, 2011

Women

If she nags, that means she still care.
It's when she's quiet that you should be careful

Kalau dia membebel, itu maknanya dia masih ambil berat.
Tapi bila dia mula diam, masa itu kamu perlu berjaga-jaga.

Friday, December 9, 2011

Projek Karipap Gergasi

Kelas kan anak dara sorang ni. Tapi tak sesedap mama saya yang buat. Or atau yang kakak saya buat.

Tak apa lah. Cubaan pertama kan. Sila cuba lagi ye cik nurul. 

Thursday, December 8, 2011

Today I am proud


Saya berjalan 2.5km hari ni.

Tadi pergi collect hadiah dekat bangunan The Sun. Balik tu saya tanya receptionist, mana jalan ke lrt paling dekat. Dia kata LRT Taman Jaya and bagi direction. Mungkin saya salah jalan kot. Sebab LRT Asia Jaya yang saya sampai. 

Ini memang perangai saya. Suka buat benda bersendirian. Orang mungkin pelik kalau nampak saya jalan sorang-sorang, tapi saya rileks je. Mungkin ini adalah saya. Saya tak pandai bergaul dengan orang. Tak tahu nak cakap apa kadang-kadang.

Lagipun apa salahnya jadi independent kan. Saya masih ada sepasang kaki untuk berjalan sendiri. Kalau minta tolong orang pun, orang bukannya suka sangat kan. Lain la kalau saya kurus cantik, tak minta tolong pun pasti ada orang nak menolong, kan?


Wednesday, December 7, 2011

chocolate pancake a.k.a lempeng coklat



as promised :)

Last comic from Calvin and Hobbes

I always like Calvin and Hobbes. Dulu kalau baca The Stars, mesti pergi part comic dulu. 
Hobbes is Calvin's toy tiger. Macam teddy bear je sebenarnye. Tapi maybe Calvin tak ada kawan so dia berkawan dengan Hobbes dan menganggap Hobbes benar-benar wujud.

Anyway.. Nak tahu macam mana beakhirnya cerita mereka?
Lihat comic kat bawah ni?

image
Korang sedih? Calvin tak lagi mahu berkawan dengan Hobbes dan serta merta Hobbes tidak lagi wujud. 
Ini melambangkan kedewasaan Calvin. :(

Tapi sebenarnya ada sambungan lagi.

image
Mungkin pelukis komik ni nak bagi peluang untuk Calvin dan Hobbes ujap goodbye.
:(

Craving for dessert

I'm so hungry. 
Tapi sangat malas untuk turun bawah beli bahan-bahan untuk masak. 
At home, just ada eggs, butter, flour, chocolate and sugar. 
Google around for recipes but most of them need baking powder kalau nak buat cookies. 


Decided to make chocolate pancakes. 
Will post pictures of it later. 


How about you guys? Any recipe idea for dessert with the items stated above?

Monday, December 5, 2011

Menang Lagi?

Walaupun gambar macam diedit tapi betul saya menang. Tak tipu punya. Sebab previous gambar panjang sangat so delete nama-nama orang lain. Siapa-siapa yang join, nak tahu korang menang ke tak, list die 

Saturday, December 3, 2011