nuffies

Thursday, June 30, 2011

Review: Sekali Lagi

Hai. Siapa dah tengok filem Sekali Lagi lakonan Shaheizy Sam and Lisa Surihani?

Aku baru tengok cerita tu tadi. Memang best sangat-sangat la cerita ni. Berbaldi-baldi aku nangis dalam wayang tu. Lakonan Shaheizy Sam sebagai lelaki terencat memang meruntun jiwa lah. Sam memang seorang pelakon yang hebat gila. Apa-apa watak pun dia bawak mesti menjadi

"Mama, boleh tak Man jadi ayah Amy? Mama pun boleh jadi nenek Amy kalau mama nak main sama"

huuu~~~

Semua jalan cerita best. Siap ada twist lagi. Tapi sayang cerita ni macam tak dapat sambutan kat wayang. Tadi dalam wayang pun tak ramai orang. Mungkinkah sebab cerita ni ditelenggami dengan Transformers?
Ke orang dah tak nak tengok cerita David Teo?

Ke sebab trailer cerita ni membuatkan korang rasa macam tak nak tengok? Trailer dia macam tak paham sangat. Masa aku tengok trailer ni pun rasa macam cite ni tak best. Ahaha



Apa-apa pun, teraju cerita ni hebat-hebat belaka. Lisa memang ratu air mata lah. Tapi tak berapa suka tengok part-part Lisa marah-marah. Kalau aku kena marah ngan Lisa pun mesti tak rasa takut pun.

"Mama tak nak tengok Amy kawan dengan dia lagi. Dia orhang tak baik Amy"

ahahaha. Korang takut ke rasa nak tergelak bila orang yang marah korang tu pelat huruf R?

LOL.

Meh la sokong cerita melayu and pergi tengok cerita ni kat wayang ok.

P/s: Kesian Bront asik dapat watak pembantu je. Anugerah dah dapat tapi still macam tak dapat perhatian dalam industri ni. Masa dia belakon Bekular, best je aku tengok

11 comments:

Ujang9897 said...

haah..lisa jd garang tak jadi..=)

TYNTHA LANA said...

hehe. aah, tenggelam sebab Transformers 3. Ini bukan soal taknak sokong..tapi..ouhhhhh..lana sgt "mencintai" transformers,ahahaahha. Ni kalau boleh, nak tgk lagi.. huhu

nuyu said...

Shaheizy Sam lagi handsome dari Optimus Prime! haha

TYNTHA LANA said...

hahahaha, tapi nuyu, nanti 30 thun lagi, abg sam nuyu dah tua, berkedut..dah tak hensem.. optimus prime nanti..tetap camtu. Nanti 30 thun lgi, Transformers 10 pun tak berubah2, muahahahaha.

Ni mesti minat abg sam ni kan,hehe. Semalam tengok kat mana?

nuyu said...

biarla saya tua bersama-sama dengan shaheizy sam saya.

ahahahaha...

tgk kat mid. orang sume ramai2 tgk transformers. sian kat sam saya. huuuu~

TYNTHA LANA said...

hehehe, tu la silapnya kot david teo, tersama waktu plak dengan transformers. Sah2, awal2 ni ramai org tgk encik2 robot..takpe2, nanti2 diorg tgk plak Sekali Lagi, hehe

Fana Flora said...

tula. sian kt bront. tapi nasib baik ada juga rezeki dia kawen dengan Shiela. hehehe

sam ensem gila masa dia senyum tu. ada gigi taring. hehe

Mrs. Farhan said...

Ending dia macam mana?? Sam kawen ngan Lisa tak??

Mrs. Farhan said...

http://sayasibudakopto.blogspot.com/2011/07/review-cerita-sekali-lagi-shaheizy-sam.html

nuyu said...

puan. farhan: mana leh bagitau ending. nant otg xnk tgk wayang. ahahahha

Mrs. Farhan said...

Hahahha. Sorie morie. =D